Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

139 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) hasil pemantauan Ketua Jabatan terhadap pegawai didapati pegawai tidak menunjukkan kecenderungan untuk menerima rasuah; dan (b) pegawai juga telah menunjukkan sikap positif, bertanggungjawab, bersedia memikul beban tugas serta menunjukkan prestasi kerja yang amat baik. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, membuat keputusan seperti berikut: Pertuduhan 1 dan 2 Pegawai didapati bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ mengikut peraturan 38(g), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan pegawai adalah salah kerana menerima wang rasuah sebagai balasan untuk tidak mengeluarkan saman kepada orang yang bersalah dengan melanggar permit bas di luar kawasan; (b) pegawai mengaku membawa wang melebihi RM50.00. Pegawai juga tidak mengisytiharkan kepada Ketua Stesen dengan mengisi buku rekod serta tidak menyerahkan wang lebihan tersebut kepada Ketua Stesen untuk disimpan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy