Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

137 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (ii) dia telah menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri; (f) tidak jujur atau tidak amanah; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” Pertuduhan 2 Bahawa tuan, Encik ACP (KP: 000000-00-0000) Pembantu Penguat kuasa Gred N17, Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri D pada 23.2.2007 semasa bertugas di Stesen Timbang Penguat Kuasa KM37, Daerah Y telah membawa wang tunai sebanyak RM2,000.00 melebihi had wang saku yang dibenarkan iaitu RM50.00. Tindakan tuan tersebut telah melanggar Arahan Jabatan Bil (10) dlm.JPJ (R) 304/1 bertarikh 12 Februari 2004. Perbuatan tuan ini boleh diertikan berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa tuan telah menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri, tidak jujur atau tidak amanah dan ingkar perintah iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(c)(ii), 4(2)(f) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa – (ii) dia telah menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri; (f) tidak jujur atau tidak amanah; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy