Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

136 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Pegawai dikenakan dua pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan 1 Bahawa tuan, Encik ACP (KP: 000000-00-0000) Pembantu Penguat kuasa Gred N17, Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri D pada 23.2.2007 semasa bertugas di Stesen Timbang Penguatkuasa KM37, Daerah Y telah menerima wang rasuah sebanyak RM350.00 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang pengusaha bas yang melanggar permit laluan bas di luar kawasan. Perbuatan tuan ini boleh diertikan berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa tuan telah menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri, tidak jujur atau tidak amanah dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(c)(ii), 4(2)(f) dan 4(2)(i), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa –

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy