Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

134 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (c) pegawai telah lama berkhidmat dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini. Beliau juga telah bersara wajib serta tidak mempunyai sebarang pendapatan. Malahan pegawai perlu menanggung pengajian dua (2) orang anak yang masih menuntut di institut pengajian tinggi. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) dakwaan pegawai telah dipaksa membuat pengakuan kepada BPR tidak dapat diterima kerana beliau tidak mengemukakan sebarang bukti sokongan; (b) penjelasan pegawai mengenai sumber wang RM100,000.00 adalah meragukan dan tiada bukti sokongan dikemukakan; dan (c) berasaskan perkara di atas, Ketua Jabatan tidak menyokong alasan representasi pegawai dan mengesyorkan tindakan tatatertib diteruskan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ mengikut peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan pegawai jelas bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy