Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

133 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Perbuatan tuan ini adalah satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa tuan telah menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(c)(ii), Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa – (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pengakuan kepada Badan Pencegah Rasuah telah dibuat secara paksa dan tidak boleh diterima pakai sebagai bukti pertuduhan; (b) sumber wang RM100,000.00 tersebut adalah seperti berikut: (i) hasil penjualan rumah milik keluarga pegawai; (ii) pinjaman koperasi; dan (iii) wang simpanan pendapatan pegawai dan isterinya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy