Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

131 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB MENERIMA WANG RASUAH 1. KES Encik ABC adalah seorang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional, menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan Pengarah Kastam, Penguasa Kastam Gred W48 di Jabatan Kastam, Negeri X. Pegawai dilaporkan telah menerima wang rasuah sebanyak RM100,000.00 dari beberapa agen syarikat penghantaran sebagai balasan mengurangkan kadar cukai bagi kereta-kereta yang diimport. Siasatan BPR mendapati pegawai telah mengkreditkan sejumlah RM100,000.00 ke dalam akaun banknya. Di dalam pernyataan pegawai kepada BPR, pegawai mengakui bahawa wang tersebut adalah hasil wang yang diterimanya dari agen-agen pengimport kereta dan kemudiannya telah meminta seorang pengimport kereta tersebut memasukkan wang ke dalam akaun banknya Nota: Pegawai telah mencapai umur persaraan wajib semasa prosiding tatatertib telah dimulakan dan perkhidmatan pegawai disifatkan telah dilanjutkan melampaui umur persaraannya. Tempoh dari umur persaraan wajib sehingga kes tatatertibnya diputuskan dianggap sebagai cuti tanpa gaji [Seksyen 10(2), Akta Pencen 1980(Akta 227)] . CONTOH 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy