Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
128 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN memohon pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam agar kesemua tuduhan digugurkan tanpa syarat. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai telah menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di jabatan Y mulai 2 September 2002; dan (b) sepanjang perkhidmatannya, pegawai telah menjalankan tugas- tugasnya dengan baik. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, membuat keputusan berikut: Pertuduhan 1 dan 2 Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji bagi tempoh dua belas (12) bulan bagi kesalahan-kesalahan tersebut mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai didapati bersalah terhadap pertuduhan;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy