Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

127 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Pertuduhan 1 Isu tuntutan perjalanan palsu untuk bulan November 2003, pegawai menjelaskan bahawa semua tugasan beliau adalah dalam pengetahuan dan kelulusan serta arahan daripada Pengarah Jabatan Y. Pegawai membuat tuntutan kerana pada tarikh dan masa yang material kerana pegawai berada dalam tugas yang merangkumi segala kerja-kerja untuk tugasan rasmi. Tuntutan beliau juga diluluskan oleh Pengarah Jabatan Y dan pihak Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Kedah. Sekiranya tuntutan pegawai mengandungi maklumat palsu, Pengarah Jabatan Y dan pihak Akauntan Negara juga tidak akan meluluskan tuntutan tersebut. Pertuduhan 2 (a) Pengarah Jabatan Y turut hadir semasa pegawai menjalankan tugasan luar di Pekan, Pahang pada 14 hingga 17 November 2003. Pegawai tidak mendapat apa-apa maklumat bahawa Syarikat TZ adalah penganjur bagi tugasan tersebut. Apa yang pegawai maklum adalah Syarikat TZ ialah pelanggan dan bukan penganjur bagi tugasan beliau yang mana Pengarah Jabatan Y sendiri sedia maklum tentang perkara tersebut. Sekiranya tidak membuat tuntutan maka pegawai akan dikatakan kononnya menerima rasuah daripada Syarikat TZ; (b) pegawai menjelaskan bahawa tuntutannya mendapat kelulusan daripada Pengarah Jabatan Y. Sehubungan dengan itu, adalah tidak wujud pertuduhan pegawai memalsukan tuntutan elaun lojing tersebut; dan (c) pegawai telah dianugerahkan Khidmat Cemerlang berdasarkan prestasi kerja dan telah lulus PTK aras IV. Sekiranya pegawai berkelakuan seperti yang dituduh, maka hasil kerja dan tugasan yang diamanahkan kepada beliau tidak akan cemerlang. Pegawai

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy