Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

126 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Disember 2001 telah mengemukakan tuntutan perjalanan palsu bagi bulan November 2003 berjumlah RM1,270.25 berkenaan tuntutan bertugas di luar pejabat di Pekan, Pahang dari 14 November 2003 hingga 17 November 2003 dengan menuntut elaun lojing bagi tiga hari berjumlah RM162.00 sedangkan penginapan puan telah ditanggung oleh pihak penganjur iaitu Syarikat TZ. Perbuatan puan telah melanggar perenggan 4.3.5, Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 dan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut:- “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy