Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

125 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Pertuduhan 1 Bahawa puan JH (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Juruukur Gred J48 semasa bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Y pada 10 Disember 2001 telah mengemukakan tuntutan perjalanan palsu bagi bulan November 2001 berjumlah RM1,270.25 berkenaan tuntutan bertugas di luar pejabat di Sungai Petani, Kedah dari 7 November 2001 hingga 9 November 2001 dengan menuntut elaun makan, elaun lojing dan elaun harian bagi dua hari berjumlah RM220.50 sedangkan puan hanya hadir menjalankan tugas rasmi di luar pejabat pada 8 November 2003 lebih kurang jam 4.00 petang dan tiba di rumah lebih kurang jam 7.00 malam tarikh yang sama. Perbuatan puan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab.” Pertuduhan 2 Bahawa puan JH (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Juruukur Gred J48 semasa bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Y pada 10

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy