Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

124 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN PALSU 1. KES Puan JH adalah seorang Juruukur Gred J48 yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Y. Laporan yang diterima menyatakan pegawai telah mengemukakan tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri yang mengandungi butiran palsu antara 7 November 2003 hingga 9 November 2003 dan 14 November 2003 hingga 17 Januari 2004. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy