Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

122 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (d) perayu mendakwa haknya telah dinafikan sepanjang pengendalian kesnya. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) berdukacita di atas kejadian yang berlaku dengan memecahbelahkan perpaduan pegawai kerajaan; (b) berharap kejadian tersebut dapat diselesaikan dengan cara terbaik; (c) percaya perayu merupakan salah seorang yang disyaki tetapi tiada bukti kukuh; (d) tindakan susulan perlu diambil seperti mengadakan mesyuarat khas untuk menasihati supaya perkara yang sama tidak berulang; dan (e) berharap agar kes ini dapat diadili secara saksama. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Lembaga Rayuan Tatatertib setelah menimbangkan rayuan pegawai memutuskan untuk mengakas keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan dan membebaskan perayu dari pertuduhan tatatertib .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy