Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

121 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB mengikut peraturan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Lembaga Tatatertib berpendapat kesalahan yang dilakukan oleh pegawai adalah serius; dan (b) Jabatan tidak mahu anggota mempunyai sikap yang boleh memburukkan nama baik Jabatan dan Kerajaan amnya. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu menegaskan tidak pernah meminda markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan sesiapa pun; (b) perayu merayu supaya perkara ini disiasat dengan lebih teliti; (c) perayu telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis kerana merasakan diri difitnah; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy