Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

120 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai menyangkal pertuduhan; (b) pegawai memohon dikemukakan salinan surat aduan daripada pengadu dan bukti yang kukuh mengenai pertuduhan tersebut; dan (c) menyatakan fakta yang telah dibuat oleh jawatankuasa siasatan bersifat memfitnah dan menganiaya dirinya. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) siasatan dihentikan kerana tiada bukti yang kukuh; (b) kemungkinan insiden berlaku akibat dari proses penyimpanan dan penghantaran laporan tidak dijalankan dengan tegas dan lengkap; (c) Ketua Jabatan secara peribadinya tidak dapat menuduh pegawai ini sebagai orang yang telah menconteng laporan tersebut; dan (d) berharap agar bahagian pentadbiran dapat mengambil iktibar. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh 6 bulan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy