Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

PENGENALAN 3 TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (b) laporan tentang sesuatu pelanggaran tatatertib tidak menyatakan secara jelas dan spesifik salah laku yang dilakukan oleh seseorang pegawai dan peraturan yang dilanggar berkaitan dengan kesalahan tersebut; dan (c) laporan pelanggaran tatatertib tidak disertakan bukti atau dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pelanggaran tatatertib tersebut. 3.1.2 Kelewatan Dalam Penyediaan Laporan Pelanggaran Tatatertib (a) kelewatan menyediakan laporan mengenai pelanggaran tatatertib akan menyebabkan keberkesanan tindakan tatatertib terjejas; dan (b) terdapat Ketua Jabatan yang mencari kesalahan-kesalahan lampau yang telah dilakukan sebelum ini di samping pertuduhan yang dibawa, semata-mata untuk menyediakan justifikasi dengan tujuan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang berkenaan atau memberatkan hukuman. 3.1.3 Kurang Kefahaman Terhadap Prosedur Tatatertib (a) Kurang memahami prosedur tatatertib yang berkenaan. Sebagai contoh: (i) surat pertuduhan dikemukakan kepada pegawai yang disabitkan di atas kesalahan jenayah sedangkan tindakan tersebut tidak perlu dilaksanakan; atau (ii) kegagalan mematuhi prosedur dalam membuat penentuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy