Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

119 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. WUJUD / TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik JQQ (KP: 000000-00-0000) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang bertugas di Hospital X, Daerah M, Negeri S didapati antara tarikh 15 Mac hingga 3 April 2006 telah meminda markah Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2005 bagi Encik O dari jumlah markah keseluruhan 95% kepada 70% dan markah purata 82.8%. Perbuatan tuan juga boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab.” 5. REPRESENTASI PEMBELAAN DIRI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy