Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

117 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu merayu supaya dibebaskan dari kesalahan yang dikenakan ke atasnya; dan (b) perayu merasakan hukuman yang dikenakan terlalu berat dan akan memberi implikasi yang besar kepada kedudukan kewangannya. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) bersetuju dengan rayuan perayu; dan (b) berharap hukuman perayu diringankan. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan dikekalkan . Asas-asas pertimbangan keputusan adalah rayuan perayu tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy