Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

116 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Pegawai tidak mengemukakan representasi pembelaan diri. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan ulasan terhadap representasi pembelaan diri pegawai. 7. KEPUTUSAN Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ mengikut peraturan 38(g), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Ketua Jabatan pegawai mengesahkan surat pertuduhan telah dihantar kepada pegawai. Pegawai tidak mengemukakan representasi bagi membela diri; dan (b) Lembaga Tatatertib bersetuju bahawa kes pegawai adalah teratur dan mematuhi peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy