Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

115 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik KKK (KP: 000000-00-0000) Pemandu Kenderaan Gred R3 yang bertugas di Jabatan X, telah didapati memalsukan tandatangan Encik ZZZ (KP: 111111-11-1111) Pegawai Tadbir Gred N48 yang merupakan Ketua Jabatan tuan di Jabatan X pada surat pengesahan majikan bil. X.PEND.71/544(46) bertarikh 21 Jun 2005 dengan niat untuk membuat pinjaman daripada Syarikat Y. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(f), dan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy