Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

114 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MENIRU TANDATANGAN PEGAWAI ATASAN 1. KES Encik KKK adalah seorang pegawai dari Kumpulan Sokongan yang memegang jawatan sebagai Pemandu Kenderaan Gred R3 yang bertugas di Jabatan X. Pegawai dilaporkan pada 21 Jun 2005 telah meniru tandatangan Encik ZZZ, Pegawai Tadbir selaku Ketua Jabatan pegawai di Jabatan X dengan niat untuk membuat pinjaman daripada Syarikat Y. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy