Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

113 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (a) Ketua Jabatan menyokong rayuan perayu kerana perayu telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau; (b) perayu juga merupakan seorang pegawai yang bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugasnya; dan (c) sepanjang perayu bertugas tidak pernah ada sebarang aduan atau rungutan terhadap perayu. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Lembaga Rayuan bersidang dan mendapati rayuan perayu tidak mempunyai asas yang kukuh bagi mengubah keputusan Lembaga Tatatertib. Lembaga Rayuan Tatatertib mengambil keputusan menolak rayuan perayu. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perayu mengaku melakukan perbuatan memohon sumbangan tetapi bukan untuk tujuan peribadi; dan (b) representasi perayu tidak dapat melepaskan perayu daripada pertuduhan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy