Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

112 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (d) sepanjang bertugas, perayu telah membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti penting seperti Persidangan Ketua- Ketua Kerajaan peringkat antarabangsa; (e) perayu menyatakan bahawa dia telah mengesan kepincangan yang berlaku berkenaan disiplin pegawai bawahannya, dan mengambil tindakan dengan memberikan teguran-teguran kepada pekerja bawahan tentang perbuatan melanggar peraturan dan etika kerja. Perayu sentiasa bertanggungjawab dan mendukung aspirasi pucuk pimpinan jabatan itu; (f) perayu berasa amat kecewa atas nasib yang menimpanya dan tidak menjangkakan akibat kecuaian dan kesilapan kerana tidak mendapatkan kelulusan pihak MAKSAK (Majlis Sukan Anggota Kerajaan) atas sumbangan derma yang dibuat telah memberikan kesan yang amat besar terhadap prestasinya. Niat perayu untuk membuat pungutan secara telus dan bertanggungjawab untuk Jabatan khususnya bagi tujuan keraian dan aktiviti Jabatan telah tersasar dan memerangkap dirinya sendiri; dan (g) perayu memohon agar hukuman yang dikenakan dapat dipertimbangkan semula demi kerjaya dan masa depannya. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy