Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

111 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (a) pegawai mengaku melakukan perbuatan memohon sumbangan tetapi bukan untuk tujuan peribadi; (b) representasi pegawai tidak dapat melepaskan pegawai daripada pertuduhan; dan (c) kesalahan ini adalah kesalahan pertama pegawai. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) sepanjang perkhidmatan perayu tidak pernah melakukan perbuatan yang melanggar peraturan/etika yang ditetapkan. Perayu sentiasa patuh dengan arahan yang dikeluarkan; (b) perayu pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2002 serta sepanjang tempoh perkhidmatan perayu hanya bercuti sakit selama 21 hari sahaja; (c) perayu juga telah berjasa dengan menaikkan imej jabatannya yang telah mengalami banyak aduan khususnya dari pihak BPA;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy