Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

110 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai merupakan seorang yang bertanggungjawab dan amanah. Tindakan pegawai mengeluarkan resit bagi setiap sumbangan yang diterima menunjukkan sikap dan keperibadian pegawai yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti, di mana tindakan pegawai semata-mata untuk kepentingan jabatan. Pegawai juga tidak memaksa pengilang untuk memberikan sumbangan, sebaliknya hanya mengalu-alukan mereka mengemukakan sumbangan; (b) pegawai sepanjang perkhidmatan didapati seorang pegawai yang bertanggungjawab, amanah, taat kepada agama dan komited terhadap tugas. Pegawai juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Abid kawasannya. Pegawai telah terjebak dalam satu situasi yang tidak diduga dan bukan bertujuan memberi gambaran tidak bertanggungjawab pegawai kepada organisasi, jauh sekali memburukkan imej jabatan; dan (c) Ketua Jabatan mengesyorkan tindakan tatatertib yang diambil ke atas pegawai tidak akan menjejaskan masa depan kariernya. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB JABATAN Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy