Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

109 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) tindakan pegawai mendapatkan sumbangan daripada pengilang bagi membiayai Majlis Perpisahan dan Sambutan Aidilfitri yang merupakan satu aktiviti kebajikan untuk kakitangannya dan bukanlah untuk tujuan peribadi; (b) permohonan sumbangan adalah secara sukarela dan jumlah sumbangan tidak ditetapkan. Pada masa yang sama penyumbang juga dijemput bersama-sama meraikan majlis tersebut bagi mewujudkan silaturahim dengan warga jabatan dan pihak penyumbang sempena Hari Raya; (c) pegawai berpandangan bahawa pegawai tidak menyalahi apa-apa undang-undang dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam. Pegawai juga yakin tindakannya memohon sumbangan secara bertulis adalah telus di mana setiap sumbangan di salur terus kepada majlis tersebut untuk tujuan akauntabiliti; dan (d) pegawai juga memaklumkan bahawa beliau telah diberi amaran secara pentadbiran melalui surat 13 Disember 2008 oleh Jabatan. Amaran pentadbiran berkenaan telah diambil perhatian oleh pegawai dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa hadapan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy