Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

108 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik NR (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 semasa bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan di Jabatan X telah mendapatkan sumbangan kewangan daripada pekilang bagi membiayai Majlis Jamuan Perpisahan dan Sambutan Aidilfitri untuk Jabatan X pada 15 Oktober 2008. Tuan didapati antara 3 hingga 14 Oktober 2008 telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai daripada tiga belas (13) pekilang manakala sumbangan berbentuk cek telah diterima daripada tiga (3) pekilang dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM5,400.00. Senarai pekilang dan perincian sumbangan yang diterima adalah seperti di Lampiran A*. (*Lampiran A menyatakan perincian pekilang dan jumlah sumbangan yang diterima.) Perbuatan tuan telah melanggar perenggan 21 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1998 yang menyatakan seperti berikut : “ 21. Kelab Kebajikan dan Sukan adalah tidak dibenarkan menghubungi terus atau secara langsung syarikat-syarikat swasta atau orang awam untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan apa cara sekalipun bagi membiayai aktiviti-aktiviti mereka.” Perbuatan tuan adalah jelas bertentangan dengan tatakelakuan pegawai awam dan boleh diertikan sebagai ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah di bawah peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy