Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

107 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 1. KES Encik NR adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 semasa memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Kanan di Jabatan X dilaporkan telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM5,400.00 daripada pekilang bagi membiayai Majlis Jamuan Perpisahan dan Sambutan Aidilfitri untuk Jabatan X pada 15 Januari 2008. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. CONTOH 3

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy