Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

106 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) perayu tidak menafikan ada meminta hamper daripada pihak kontraktor. Menurut pegawai, semua hamper yang diterima disumbangkan untuk Majlis Sambutan Hari Raya di kawasan perumahan perayu, yang mana perayu merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis tersebut; dan (b) berdasarkan keterangan perayu, Ketua Jabatan berpendapat perayu telah melanggar peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan suatu hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan wajar dipertimbangkan. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan dikekalkan . Asas-asas pertimbangan keputusan. Rayuan perayu tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy