Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

104 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (c) walau bagaimanapun, sekiranya perbuatannya melanggar peraturan, pegawai memohon maaf dan sekiranya dikenakan hukuman, pegawai redha menerimanya. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai tidak menafikan ada meminta hamper daripada pihak kontraktor. Menurut pegawai, semua hamper yang diterima disumbangkan untuk Majlis Sambutan Hari Raya di kawasan perumahan pegawai, yang mana pegawai merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis tersebut; dan (b) berdasarkan keterangan pegawai, Ketua Jabatan berpendapat pegawai telah melanggar peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan suatu hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan wajar dipertimbangkan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan untuk tempoh 12 bulan mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Lembaga Tatatertib memandang serius kesalahan pegawai yang menerima hamper daripada pihak kontraktor walaupun tujuan asal pegawai adalah baik iaitu penerimaan tersebut adalah untuk disumbangkan kepada Majlis Hari Raya di kawasan perumahan beliau; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy