Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

103 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) hamper yang diterima itu bukanlah untuk kepentingan diri atau keluarga tetapi untuk penduduk awam yang menduduki kawasan perumahan tersebut sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008; (b) telah meminta sumbangan ikhlas Encik R (kontraktor) untuk menyumbangkan hamper tersebut. Walau bagaimanapun, hamper tersebut telah dihantar oleh Encik R ke pejabat dan bukannya ke Surau Z. Pegawai kemudiannya terpaksa mengambil hamper tersebut dan dibawa pulang ke rumah sebelum menghantarnya ke surau, tetapi hamper tersebut telah terlebih dahulu diambil dan disita oleh pihak BPR; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy