Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

102 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 3. WUJUD/ TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik TT (KP: 000000-00-0000) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 yang bertugas sebagai Ketua Pembantu Tadbir, di Bahagian Pengurusan, Jabatan XY pada 11.10.2008 telah menerima lima (5) unit hamper bernilai RM1000.00, yang mana setiap satu (1) unit hamper bernilai RM200.00 daripada Kontraktor YY Enterprise yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian tiga (3) unit apartmen di MM Beach Resort, Negeri TZ, yang di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan, Jabatan XY. Tuan dengan itu telah melanggar Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “8(1) Tertakluk kepada peruntukan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.” Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah iaitu melanggar

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy