Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

100 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (b) dalam kes pegawai, Ketua Jabatan berpandangan perkara ini perlu diberi perhatian yang serius bagi membendung ianya akan menular kepada kakitangan yang lain; dan (c) Ketua Jabatan juga menyarankan agar tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai supaya menjadi pengajaran kepada pegawai- pegawai lain. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak secara langsung menafikan pertuduhan tetapi mengetahui bahawa sumbangan diterima oleh jabatan daripada syarikat yang berkenaan; (b) sebagai seorang Pengarah Jabatan P, pegawai sepatutnya sedia maklum tentang keperluan melaporkan penerimaan dan memohon kebenaran Ketua Jabatan ke atas penerimaan pemberian tersebut; dan (c) sebagai pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1). Rayuan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy