Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

99 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai menyatakan bahawa set home theatre yang diterima bukanlah di atas kepentingan beliau, bahkan ia diletakkan di pejabat untuk dimanfaatkan oleh semua kakitangan pejabat; (b) pegawai menyatakan bahawa beliau terlepas pandang akan kewujudan peraturan dan pekeliling yang menghendaki setiap sumbangan yang diterima perlu dimaklumkan serta mendapat kebenaran Ketua jabatan; dan (c) pegawai memohon supaya hukuman beliau diringankan memandangkan beliau telah berkhidmat hampir 29 tahun serta bakal bersara pada pertengahan tahun hadapan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) Ketua Jabatan memaklumkan bahawa pegawai selaku Pengarah Jabatan P adalah bertanggungjawab dalam pengurusan jabatan termasuk urusan penerimaan sumbangan daripada pihak tertentu;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy