Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

95 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) menegaskan jumlah yang sepatutnya kurang dari jumlah yang sebenar dilaporkan; (b) penyata yang pegawai kemukakan telah ditolak mentah-mentah oleh Ahli Jawatankuasa PIBG; (c) memegang jawatan sebagai Bendahari dari bulan Jun 2003 dan bukannya mulai Mac 2003; (d) sangsi terhadap kredibiliti Juru Audit Dalaman kerana terdapat kesilapan yang tidak dibetulkan walaupun laporan yang dibuat adalah bagi kali kedua; (e) semasa pegawai menjawat jawatan bendahari, Audit tidak pernah dilaksanakan bagi mengesan kesalahan penyata kewangan yang dibentangkan dan menyedarkan beliau lebih awal; dan (f) berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dengan inisiatif dan pembiayaan sendiri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy