Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

94 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie . 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik ZZZ (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41, bertugas di Sekolah STU, Daerah W, Negeri Y didapati telah tidak mengkreditkan wang sumbangan bernilai RM20,000.00 yang telah diterima pada 12 September 2003 ke dalam akaun PIBG (No. Akaun 123456789, Bank Islam). Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai kurang cekap atau kurang berusaha dan tidak jujur atau tidak amanah, iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(e) dan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (e) kurang cekap atau kurang berusaha; (f) tidak jujur atau tidak amanah.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy