Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

93 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB MENYALAHGUNA WANG PIBG 1. KES Encik ZZZ adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bertugas di Sekolah Menengah STU, Daerah W, Negeri Y. Pegawai telah dilantik sebagai Bendahari PIBG pada 5 Mac 2003. Salah laku pegawai dikesan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG di mana didapati wang sumbangan tidak dikreditkan ke dalam akaun bank. Penyata kira-kira yang disediakan oleh pegawai tidak menunjukkan baki sebenar wang PIBG yang dikreditkan. Walau bagaimanapun setelah akaun bank disemak, baki kredit tidak sama dengan baki sebenar di bank. Semakan lanjut juga mendapati terdapat 3 cek tidak boleh ditunaikan berikutan akaun PIBG telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy