Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

91 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (a) perayu telah berkhidmat dengan penuh taat hampir 30 tahun dengan Jabatan; (b) perayu memohon maaf dan kesal di atas kesilapan yang telah dilakukan serta telah berusaha untuk membayar balik baki pinjamannya; (c) perayu akan bersara lebih kurang 3 tahun lagi dan mohon diberi peluang sekali lagi; dan (d) perayu akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Jabatan dan Negara. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) menyokong agar rayuan perayu diberi pertimbangan; dan (b) berharap agar hukumannya diringankan memandangkan tempoh persaraan perayu hanya tinggal 3 tahun sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy