Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

90 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (c) dicadangkan pegawai ditukarkan ke Ibu Pejabat dengan harapan memudahkan pemantauan dan teguran secara terus. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak dua (2) pergerakan gaji dalam tempoh hukuman selama 12 bulan mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah menggunakan kedudukan awam bagi faedahnya sendiri kerana telah membuat pinjaman dari Tabika; dan (b) pegawai telah mengaku bahawa telah meminjam wang tersebut yang sebahagiannya untuk aktiviti Jabatan dan sebahagian lagi telah dibayar balik. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy