DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

36 37 Pada pandangan YBhg. Dato’ Dr, sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Prestasi keberhasilanDPT agak sukar untuk dinilai secara fizikal keseluruhannya kerana manfaat yang diterima daripada DPT bukanlah menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai populasi penduduk sebanyak 324. juta. Manfaat DPT hanya diterima oleh pelajar dan pegawai yang mengikuti pengajian di Jepun dalam anggaran jumlah 30 hingga 50 ribu bagi program latihan dan pendidikan. Keberkesanan dasar ini lebih terserlah melalui hubungan dan kerjasama perdagangan di antara kedua-dua negara. Jepun telah menjadi negara terbesar di Asia yang mengimport produk domestik dari Malaysia semenjak tahun 1980 hingga 2015 dan menjadi antara rakan dagang terbesar. Selain daripada kerjasama ekonomi, Jepun turut memberikan sokongan teknikal dan kepakaran teknologi melalui syarikat milik Jepun yang berada di Malaysia contohnya bantuan dalam pembinaan projek bekalan elektrik, pusat hidrologi, pembesaran sungai dan pembinaan empangan penghalang air terutamanya di Sabah. Melalui DPT juga, terjalinnya hubungan kerjasama sumber manusia MalaysiaJepun yang mana program penghantaran pelajar dan pegawai melanjutkan pengajian di Jepun membolehkan mereka mempertingkatkan pengetahuan, mempelajari sistem-sistem pengurusan dan nilai etika kerja yang baik daripada Jepun. Pengalaman dan budaya positif yang dikutip di sana akan dibawa pulang ke Malaysia dan diterapkan dalam masyarakat dan organisasi. Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Ekonomi dunia kini sudah berubah dan mengehadkan kehadiran di organisasi secara fizikal. Kita perlu melihat pendekatan kaedah timbal balik, tidak semestinya pelajar yang bergraduat dari universiti di Jepun perlu bekerja di Jepun juga. Mereka boleh memilih untuk balik dan berkhidmat di syarikat Jepun yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pelajar kita perlu berani menghadapi cabaran sekiranya dihantar ke negara lain kerana sempadan negara kini telah terbuka dan kita berada dalam suasana perkampungan global. Pelajar perlu menerapkan sikap keterbukaan dan tidak sewajarnya hanya mengharapkan peluang daripada pelabur yang datang ke Malaysia tetapi mereka seharusnya mengambil inisiatif untuk menjadi wakil syarikat Jepun bagi menjalankan proses rundingan dengan negara lain memandangkan mereka mempunyai kelebihan berbahasa Jepun dan boleh mengeksport guna tenaga. Pada pandangan YBhg. Dato’ Dr, adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Mana-mana sistem pendidikan dalam dunia ini sentiasa relevan. Apa yang penting ialah bergantung kepada individu yang menerima manfaat daripada sistem tersebut. DPT ini merupakan satu dasar yang baik serta membawa impak yang positif dan signifikan kepada kedua-dua negara. Penerima manfaat daripada program ini seharusnya menerap dan menyebarkan etika dan budaya yang baik yang diperoleh untuk diaplikasikan supaya masyarakat dan organisasi mendapat matlamat yang jelas berkenaan dasar ini seterusnya melaksanakan pembaharuan. Dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Seharusnya penerima manfaat mengembalikan ilmu yang diterima untuk digunakan atau diadaptasi mengikut kesesuaian bagi membuktikan relevan pelaksanaan DPT. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Semua agensi perlu bekerjasama dan bertindak suatu badan. Perlu ada consensus yang bersifat holistik dalam menjayakan sesuatu dasar. Mengambil contoh mutual understanding antara G2G yang saling memberi bantuan berdasarkan keperluan contohnya penghantaran pelajar ke Jepun dalam bidang teknikal. Walau bagaimanapun peluang adalah terhad maka pelajar tajaan JPA tidak dapat bekerja mengikut kesesuaian pendidikan dan kemahiran berdasarkan teknologi negara tertentu. Ini juga berkaitan dengan polisi dan pemikiran setiap agensi yang berbeza dan pelbagai kekangan menyebabkan kurangnya pendekatan yang holistik dalam menyediakan tatacara penyediaan modal insan di negara Malaysia. Selain daripada bidang kejuruteraan dan teknikal, bidang yang bakal diteroka perlulah relevan dan tidak terhad daripada segi penawaran pekerjaan oleh industri. Oleh sebab itu pentingnya kebersamaan di antara agensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy