Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

53 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam v. Proses catching up negeri Kedah dan Melaka ke atas negeri Pulau Pinang wajib dimangkin oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui usaha menggalakkan pelaburan asing dan domestik dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta menggandakan perbelanjaan pembangunan infrastruktur yang berkaitan untuk menyokong kedua-dua sektor tersebut; dan vi. Kajian ini mengesahkan selari dengan dapatan jurnal-jurnal yang berkaitan iaitu sektor pembuatan dan perkhidmatan adalah enjin pertumbuhan sesebuah negeri. Oleh itu, untuk mengejar pertumbuhan ekonomi dan wilayah negeri pesat, Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu memainkan peranannya dengan mengurangkan jurang tersebut melalui Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan yang menyokong kedua-dua sektor tersebut di negeri- negeri berkenaan. Oleh itu adalah disyorkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat bekerjasama erat bagi mengalakkan pelaburan asing dan domestik melalui pelbagai kemudahan insentif serta memperkasakan potensi sektor pembuatan/ perkhidmatan yang ada di negeri Kedah dan Melaka. ▪ negeri yang berstruktur ekonomi pembuatan dan perkhidmatan dengan amaun yang besar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi/wilayah yang lebih pesat seperti Pulau Pinang ▪ sektor pembuatan dan perkhidmatan adalah enjin pertumbuhan sesebuah negeri

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy