Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

52 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam iv. KDNK Negeri Mengikut Mengikut Aktiviti Ekonomi (Sektor), 2006-2015 - Pulau Pinang mencatat jumlah tertinggi dan diikuti oleh negeri Kedah dan Melaka. IMPLIKASI DASAR Rumusan yang dibuat berdasarkan dapatan kajian dengan andaian boleh disyorkan adalah seperti berikut: i. Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai kadar pelaburan tertinggi dan sememangnya negeri ini amat bergantung hasil dari sektor pembuatan dan perkhidmatan. Bagi negeri Kedah dan Melaka pula jumlah pelaburan yang diterima tidak sebanyak negeri Pulau Pinang dan sektor utama adalah perkhidmatan; ii. Melalui jumlah pelaburan yang berbeza-beza mengikut negeri juga boleh dikaitkan dengan kadar perbandaran yang pesat di negeri Pulau Pinang diikuti oleh Melaka dan Kedah. Melaka yang berteraskan struktur ekonomi perkhidmatan termasuk pelancongan tinggi kadar perbandarannya berbanding Kedah. Ia juga boleh mengambilkira faktor saiz sesebuah negeri; iii. Berdasarkan sumbangan sektor ekonomi kepada KDNK Malaysia, 2010 (%), Pulau Pinang menyumbang tertinggi 8.3% berbanding Kedah iaitu 3.3% dan Melaka 2.7%; iv. Perbandingan ini merumuskan bahawa negeri yang berstruktur ekonomi pembuatan dan perkhidmatan dengan amaun yang besar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi/ wilayah yang lebih pesat seperti Pulau Pinang berbanding Kedah dan Melaka. Ia juga selari dengan jumlah pelaburan yang mempunyai peranan Kerajaan untuk menarik pelaburan asing dan domestik;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy