Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

47 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam dengan model pertumbuhan agregat. Antaranya ialah jurnal oleh Reinert (1999) yang menyatakan kepentingan tiga (3) peranan utama Kerajaan iaitu sebagai pembekal institusi, pembekal pengagihan pendapatan dan sebagai ‘syarikat’ insurans dan promoter atau penggalak pertumbuhan ekonomi. Manakala Tabelini (2005) pula menyatakan perbelanjaan awam adalah alat dasar yang penting dan Kerajaan boleh menggunakannya untuk mengatasi masalah kegagalan pasaran dan mempercepatkan pembangunan dan boleh juga disalahgunakan serta mewujudkan gangguan yang lain. Selain itu Takeda dan Nakata (1998) juga mendapati hubungan korelasi yang signifikan positif antara pembangunan infrastruktur (tenaga elektrik, kerja-kerja bekalan air, talian telefon) dengan KDNK per kapita. Bagi kes di Malaysia, Dipendra Sinha (1998) mendapati hubungan signifikan yang positif antara perbelanjaan Kerajaan dengan pertumbuhan ekonomi. Antara kajian yang menunjukkan hubungan antara pelaburan dengan pertumbuhan ekonomi adalah Leven, Legler dan Shapiro (1970) yang menunjukkan gambaran mudah mengenai hubungan maklum balas antara keputusan pelaburan awam dan swasta. Pertumbuhan wilayah jika dilihat di bawah model permintaan makro yang amat relevan dengan kajian ini adalah model pendapatan antara wilayah dan penilaian dasar penstabilan antara wilayah (Engerman, 1965; Peacock, 1965; Airov, 1967). Berdasarkan pernyataan ini, perubahan dalam pengagihan perbelanjaan Kerajaan mengikut lokasi atau sebarang perbelanjaan autonomi lain akan mempengaruhi pendapatan wilayah. Perubahan dalam pengagihan perbelanjaan Kerajaan mengikut lokasi atau sebarang perbelanjaan autonomi lain akan mempengaruhi pendapatan wilayah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy