Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

46 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam petunjuk yang sering digunakan oleh ahli ekonomi. Melalui petunjuk ini dan bersandarkan teori pusat-pinggir yang menerangkan proses pertumbuhan ekonomi tidak seimbang antara negeri maka wajarlah Kerajaan memainkan peranannya untuk membantu negeri yang lambat membangun dengan tidak mengabaikan negeri yang pesat membangun. PERMASALAHAN DAN OBJEKTIF Berdasarkan realiti situasi terdapat negeri yang pesat membangun dan kurang membangun secara relatifnya dan perbezaan ini akan semakin melebar dipacu orientasi sektor swasta dan pasaran bebas. Oleh itu, peranan Kerajaaan adalah perlu untuk memastikan jurang tersebut dapat dikurangkan melalui dasar-dasar dan program pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Peranan Kerajaan juga ada disebut dalam teori pertumbuhan wilayah serta model-model berkaitan yang menyatakan kepentingannya dalam memangkin pertumbuhan ekonomi. Persoalannya ialah sejauh manakah dasar-dasar ini mampu mengurangkan jurang ini atau sekurang-kurangnya dapat memangkin pertumbuhan di negeri- negeri yang dikaji. Oleh itu kajian ini akan menjurus kepada pengaruh peranan Kerajaan ke atas KDNK negeri yang menggambarkan pertumbuhan wilayah dan satu (1) faktor yang dipilih mewakili peranan Kerajaan iaitu pelaburan. Objektif kajian ini adalah mengkaji pengaruh peranan Kerajaan melalui pelaburan dapat memangkin kadar perbandaran, sumbangan sektor mengikut negeri dan kadar pertumbuhan KDNK per kapita di tiga (3) buah negeri tersebut. KAJIAN LEPAS Terdapat sebilangan besar jurnal dan kajian yang berkaitan dengan peranan Kerajaan melalui perbelanjaannya, pelaburan modal dan tahap pendidikan yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan sebahagiannya dikaitkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy