Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

45 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Pertumbuhan wilayah di Malaysia telah mula diberi penekanan seawal RMKe- 2 (1971-1975) melalui perimbangan ekonomi di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan diteruskan sehingga kini berdasarkan matlamat utama Kerajaan iaitu perpaduan negara. Selepas tempoh yang panjang tersebut didapati wujudnya situasi negeri yang pesat dan lambat membangun walaupun Kerajaan telah berusaha untuk memberikan perhatian dan melaksanakan tindakan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi di semua peringkat kawasan. Secara umumnya pertumbuhan di sesebuah wilayah disebabkan oleh faktor penentu endogenus (faktor dari dalam) dan eksogenus (faktor dari luar) bagi wilayah tersebut. Bagi kes Malaysia, sejarah dan anugerah alam merupakan faktor ketara yang menyebabkan pertumbuhan sesebuah negeri lebih pesat seperti di Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah berbanding negeri-negeri lain. Pertumbuhan negeri ini juga telah diransang oleh dasar kolonial yang mengekalkan pusat pentadbiran dan perdagangan di lokasi yang sama. Kerajaan British mempunyai peranan dalam mencorak pertumbuhan wilayah di Malaysia sebelum kemerdekaan. Pengaruh kolonial juga turut dikaitkan dengan pertumbuhan pesat di bekas negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Selain itu, pelabuhan dan kemudahan infrastruktur pengangkutan seperti jalan raya dan jalan keretapi juga menyumbang kepada pertumbuhan yang pesat di pusat pertumbuhan wilayah. Pengukuran pertumbuhan wilayah itu pesat atau sebaliknya dapat dilaksanakan dalam satu tempoh jangka panjang dan selalunya diukur dalam bentuk output atau pendapatan dan amaunnya tidak sama antara satu wilayah dengan wilayah yang lain. Pertumbuhan wilayah paling mudah ditunjukkan melalui Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri-negeri dan merupakan Didapati wujudnya situasi negeri yang pesat dan lambat membangun walaupun Kerajaan telah berusaha untuk memberikan perhatian dan melaksanakan tindakan untuk meningkatkan tahap sosio- ekonomi di semua peringkat kawasan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy