Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

44 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kepentingan Peranan Kerajaan Dalam Pertumbuhan Wilayah Di Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Melaka Ahmad Hassanuddin Afendy bin Ridzuan, M54 ABSTRAK Kerajaan telah memainkan peranan untuk menjana keseimbangan pertumbuhan wilayah di Malaysia sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Pertumbuhan wilayah dipengaruhi oleh banyak faktor dan yang utama adalah anugerah alam, letakan industri dan sejarah. Berdasarkan faktor-faktor ini, ia telah mewujudkan perbezaan pertumbuhan antara negeri di Malaysia. Oleh itu, peranan Kerajaan adalah perlu untuk memastikan jurang tersebut dapat dikurangkan melalui dasar-dasar dan program pembangunan jangka sederhana dan panjang. Persoalannya sejauhmananakah dasar-dasar ini mampu mengurangkan jurang antara negeri pesat membangun dan lambat membangun? Bagi mengkajinya, tiga (3) buah negeri Semenanjung Malaysia telah dipilih iaitu Pulau Pinang (berorientasikan industri pembuatan), Kedah (jelapang padi) dan Melaka (pelancongan). Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat pengaruh peranan Kerajaan ke atas pertumbuhan KDNK negeri- negeri ini dan seterusnya menganalisis perbandingan antara ketiga-tiga buah negeri. Peranan ini dilihat melalui satu (1) faktor sahaja yang dipilih iaitu pengaruh pelaburan (hak milik asing dan Malaysia sepenuhnya) ke atas kadar perbandaran, sumbangan sektor ekonomi mengikut negeri dan kadar pertumbuhan ekonomi negeri. Analisis dimulakan dengan menggunakan data- data sekunder di Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Jabatan Perangkaan Malaysia dengan melihat hubungkait antara aspek pelaburan, kadar perbandaran, sumbangan sektor mengikut negeri dan kadar pertumbuhan ekonomi. Keputusan hasil dapatan kajian boleh dijadikan syor dan rujukan kepada pihak Kerajaan (terutama UPE serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy