Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

608 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam kepada pekerja bahkan perlu kreatif dalam meningkatkan keterlibatan pekerja masing-masing. Aspek gaya kepimpinan antara kaedah boleh diaplikasikan oleh pemimpin dalam sesebuah organisasi. Menurut Batista-Taran et al. (2009) gaya kepimpinan seperti transformasi dan transaksi dilihat mempunyai keyakinan diri dalam menerajui budaya keterlibatan pekerja. Berkebolehan meningkatkan pencapaian, membina dan menetapkan struktur organisasi dalam menghadapi cabaran yang akan datang terutama saingan organisasi dalam peringkat global. Pemimpin harus peka bahawa keterlibatan pekerja yang rendah yang akan memberikan kesan kos yang tinggi kepada organisasi untuk bersaing dalam pasaran global berbanding tahap keterlibatan tinggi di kalangan pekerja dalam organisasi. Elemen keterlibatan penting yang lazimnya menunjukkan keupayaan pekerja memberikan sumbangan kejayaan organisasi dan percaya bahawa memberi impak kejayaan ke arah peningkatan produktiviti. Pihak pengurusan dalam organisasi perlu meneliti gaya kepimpinan untuk masa hadapan demi kepentingan meningkatkan keterlibatan pekerja masing-masing. Hasil tinjauan dan analisa artikel kajian ini telah mendapati bahawa terdapat lapan (8) gaya kepimpinan yang boleh diterapkan dalam organisasi. Dicadangkan supaya gaya kepimpinan yang sesuai perlu ditentukan organisasi kerana setiap organisasi mempunyai matlamat yang berbeza dengan cara yang berbeza untuk menarik keterlibatan pegawai agar mereka lebih komited, penghasilan kerja yang memuaskan dan meningkatkan kepercayaan pelanggan. Sudah tiba masanya sesebuah organisasi melihat bukan saja dalam aspek memberi motivasi kepada pekerja bahkan perlu kreatif dalam meningkatkan keterlibatan pekerja ▪ organisasi perlu meneliti gaya kepimpinan untuk masa hadapan ▪ gaya kepimpinan yang niche kepada keperluan organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy