Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

607 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam penilaian negatif dan memperkecilkan kebolehan pekerja. Oleh itu pekerja mudah percaya yang mereka kurang sesuai dengan tugas diberikan dan menyebabkan kurang aktif dalam menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Namun kepimpinan karismatik ( charismatic leadership ) pula, mempunyai motivasi yang tinggi, prihatin dan mudah meningkatkan keterlibatan pekerja. Seorang yang sentiasa melihat suatu perubahan mempunyai nilai faedah, mewujudkan visi organisasi yang terbaik dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada pekerja. Elemen lain adalah mempunyai ekspektasi dan keyakinan tinggi terhadap pekerjanya. Oleh itu, pekerja sentiasa dihargai, mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk mencapai matlamat organisasi yang mencabar. KESIMPULAN Kepimpinan adalah suatu kemahiran hidup yang perlu untuk menjayakan sesuatu organisasi mengikut matlamat dan objektif dengan mengambil kira faktor-faktor berkaitan. Setiap organisasi memerlukan pemimpin. Tanpa pemimpin, organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Pemimpin yang menerajui sesebuah organisasi berbekalkan kemahiran dan pengalaman harus mengetahui bagaimana untuk mendorong pekerja di bawah seliaan mereka. Sesungguhnya jatuh bangunnya sesebuah organisasi terletak pada keberkesanan peri laku pemimpin dan gaya kepimpinannya dalam menerajui organisasi yang dipimpinnya. Natijahnya, melalui komunikasi yang berkesan seseorang ketua boleh mempengaruhi pekerja bawahannya untuk membentuk sesebuah kelompok yang dinamik bagi mencapai matlamat organisasi (Amerjit Singh, 2017). Dalam persekitaran kerja yang penuh dengan daya saing, kini sudah tiba masanya sesebuah organisasi melihat bukan saja dalam aspek memberi motivasi Pemimpin harus peka bahawa keterlibatan pekerja yang rendah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy