Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

606 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kajian Zhao R. dan Sheng Y. (2019) ( Rajah 6 ) pula telah meneliti kesan impak gaya kepimpinan terhadap keterlibatan pekerja dengan peranan struktur tugas. Kepimpinan dipengaruhi gaya authoritarian dan karismatik terhadap keterlibatan pegawai. Hasil kajian mendapati kepimpinan karismatik mempunyai hubungan yang positif dengan keterlibatan pekerja dengan elemen-elemen yang bertenaga dan berdedikasi. Rajah 6 : Model Teoritikal (Zhao R. dan Sheng Y., 2019) Kajian ini mengenalpasti gaya kepimpinan yang berbeza akan mempunyai perbezaan kekuatan dan kelemahannya. Ia juga mengukur struktur tugasan yang mempunyai impak keberkesanan tingkahlaku kepimpinan, iaitu merupakan faktor yang menyumbang keberkesanan kepimpinan dalam mana- mana organisasi. Ciri-ciri gaya kepimpinan lain turut melihat kepimpinan autokratik ( autocratic leadership ) sepertimana kajian oleh Yao et al. (2017). Pemimpin ini berkuasa sepenuhnya, tidak memberikan kuasa kepada pekerja dan patuh kepada arahan tanpa persoalan. Mereka turut memberi tekanan dari segi psikologi, menanamkan perasaan kurang keyakinan diri sendiri yang boleh mengurangkan keterlibatan pekerja mereka. Pemimpin sentiasa memandang rendah terhadap pekerjanya, dilihat kurang aktif, tiada inisiatif, memberi Keterlibatan Pekerja Kepimpinan Karismatik Demokratik Kepimpinan Autokratik Struktur Tugas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy