Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

605 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam mencapai sesuatu matlamat ataupun objektif organisasi (Amerjit Singh, 2017). c) Kepimpinan Laissez-Faire ( Laissez-Faire Leadership ) Kepimpinan Laissez-Faire membawa maksud yang mana seseorang ketua mahupun majikan lebih gemar memberi kebebasan penuh kepada pekerjanya dalam membuat keputusan, memberi pandangan dan mengambil sesuatu tindakan untuk menentukan matlamat organisasi. Di samping itu, gaya kepimpinan ini tidak mementingkan prestasi mahupun keuntungan. Gaya ini juga tidak mengutamakan objektif sesuatu organisasi tersebut. Majikan yang mengamalkan gaya kepimpinan ini tidak menetapkan matlamat serta objektif yang perlu disasarkan oleh organisasinya. Malahan kepimpinan gaya ini menunjukkan seseorang pemimpin mahupun majikan tersebut mempunyai pengurusan organisasi yang lemah serta tidak mempunyai keyakinan diri sebagai ketua dalam organisasi tersebut. Gaya pemimpinan ini yang selalu menyerahkan kepada pekerja sendiri untuk membuat keputusan. Mereka percaya pekerja lebih suka kepada kebebasan berbanding pengawasan dari pemimpin. Berlawanan dengan pemimpin demokratik, mereka tidak mengambilkira masalah, konflik, ganjaran dan hukuman. Jelas sekali, pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan laissez- faire , tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin ini akan membiarkan semua keputusan ditentukan oleh orang-orang bawahannya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy