Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

604 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Sesetengah sarjana cenderung menyatakan gaya kepimpinan ini sebagai directive leadership . Pemimpin yang bergaya ini lebih cenderung untuk membuat keputusan sendiri berbanding berbincang dengan pekerja bawahannya. Majikan yang mengamalkan gaya kepimpinan ini menolak untuk berunding dengan pekerja bawahannya. Majikan ini tidak mesra dengan pekerjanya dan hanya memfokuskan kepada tugas sahaja. b) Kepimpinan Demokratik ( Democratic Leadership ) Pemimpin yang mempunyai inisiatif melibatkan pekerjanya dalam proses membuat keputusan. Di samping itu, sentiasa mengemaskini mengenai isu-isu semasa, pencapaian, sasaran dan perhubungan dengan saingan-saingan mereka (iaitu organisasi lain) serta bekerja keras untuk mencapai matlamat organisasi. Gaya kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasi. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Sementara itu, dalam gaya kepimpinan demokratik , seseorang ketua atau majikan memberi peluang kepada pekerja bawahannya untuk melibatkan diri secara langsung di dalam sistem pentadbiran organisasinya. Bukan itu sahaja, pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik ini turut memberi peluang kepada setiap pekerjanya untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Kepimpinan demokratik ini lebih bersifat bertimbang rasa dan lebih mendengar pandangan pekerja sebelum membuat keputusan. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokrasi lebih memfokuskan kepada hubungan antara majikan dan pekerja dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy